Malay

Melajukan streamyx anda

Caranya, gunakan proxy dari streamyx.
cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128

Update:

cdn-kmr-c2100-01.tm.net.my:3128
bkj-stream2.jaring.my:3128
Untuk yg menggunakan firefox .
Tools -> Options->Advance->Network->Settings

Cubalah.. memang laju giler..

Credits to http://www.iprobot.net/internet/fix-…g-tmnet-proxy

Melayari Streamyx Dengan Bijak

Jika streamyx anda tidak boleh access ke internet,berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil sebelum meminta kakitangan TM datang ke rumah anda. Ya lah kalau sikit-sikit komplen ke 100 dan tunggu TM datang check mungkin kita terlambat membuat kerja penting sedangkan kemungkinan kerosakan adalah berpunca dari peralatan kita sendiri. Silap-silap kena ambil cuti pulak.

Kena faham juga dengan technician TM yang komplen berlambak makin lambat datang ke rumah kita.  Jikalau penyebab streamyx tidak boleh access ke internet kerana berpunca dari peralatan kita sendiri, Mengapa kita mesti menunggu technician TM? Makin tertunda tugas harian kita.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu kita buat dahulu sebelum call talian 100 (Customer Service TM)

1. Pastikan talian telefon anda mempunyai dial tone. Periksa kabel telefon anda dan pastikan semuanya di sambung dengan betul.
2. Pastikan telefon anda boleh bekerja (boleh dial keluar dan panggilan masuk)
3. Pastikan sambungan di splitter anda betul. Modem disambungkan ke ruangan modem dan telefon disambung ke ruangan telefon. Jangan terbalik. Di splitter tersedia gambar modem dan telefon.
4. Pastikan bayaran bil anda up to date.
5. Periksa modem anda:
- adakah ia telah di “on” kan?
- Lampu DSL menyala dengan tetap dan tidak berkelip-kelip
- Lampu “LAN” menyala, jika tidak periksa LAN AREA CONNECTION anda di control panel networking, pastikan ia   “enable” atau periksa sambungan kabel ethernet dari modem ke komputer disambung dengan betul atau kemungkinan  Network Interface Card (NIC) rosak.
5.Jika masih tidak boleh access ke internet, cuba sambungkan kabel telefon anda (RJ11) dari modem terus ke soket tanpa disambung ke splitter atau microfilter atau router atau apa-apa peranti lain. Jika lampu “DSL” anda stabil kemungkinan ada kerosakan kepada internal wiring atau peranti-peranti tadi.

Bila perlu panggil perkhidmatan pelanggan TM?

- Jika telefon anda tiada tone.
- Jika lampu “DSL” di modem anda tidak menyala atau berkelip-kelip. Baca popup mesej di komputer anda, jika ada.
- Jika lampu “DSL” modem anda stabil tetapi masih tidak boleh disambung ke internet.

Sekian, layarilah streamyx dengan bijak…

Kaedah capaian internet dan perkembangannya

Author: blalang
http://download-ebook.biz

Dalam hal data eletronik , boleh dicapai dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk capaian ke internet iaitu dengan teknologi-teknologi seperti di bawah;

1. Dial up

Kebanyakan pengguna internet dari rumah pada awalnya menggunakan sambungan dial up melalui modem untuk ke internet. Proses mencapai internet bermula apabila mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet, atau JARING. Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet.

Signal analog dari modem akan “berlayar” melalui wayar copper di tiang-tiang telefon di kawasan rumah ke ibusawat Telekom yang terdekat. Peringkat ini adalah dinamakan “transmission facilities” merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain. Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada nombor 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET.

Switch atau Ibusawat secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti “call waiting”, ” call transfer” dan lain-lain. Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah. Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.oum.edu.my kepada ip address dari sebuah pengkalan data besar yang sentiasa di kemaskinikan. Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop.tmnet.my merupakan email host jika menggunakan perkhidmatan TMNET.

News Server-Server untuk menghubungkan kepada usenet contohnya news.jaring.my. Server-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet. Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server.

Beberapa komponen rangkaian yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses. Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama. Jika laluan kecil seperti wayar tembaga di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya.

Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM1 dan E1 yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti gentian fiber. Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.

Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda! Webserver anda mungkin menggunakan Sistem Operasi (OS) yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain. Jenis-jenis perkhidmatan dalam internet? Berkomunikasi menerusi e-mail - Emel atau mel eletronik.

Dial up biasanya mempunyai kelajuan 56kbps dan paling maksima ialah 128kbps jika menggunakan dial-up teknologi ISDN (Intergrated Services Digital Network). ISDN adalah seperti menggunakan kabel tembaga seperti dial up biasa tadi, cuma perbezaannya ialah ia menggunakan rangkaian digital sebagai backbonenya.

2. WI-FI (Wireless Fidelity)

Kini bukan lagi wayar yang menjadi penentu penyaluran maklumat tetapi udara dan gelombang. Hampir 3 tahun, teknologi wayarles telah muncul dalam pelbagai bentuk untuk menukar senario teknologi dan memberikan ruang internet beroperasi secara ‘demokratik’ tanpa sebarang sekatan dan tapisan.

Wi-Fi, suatu revolusi teknolgi yang canggih dengan spektrum terbuka yang memacu internet ke tahap selanjutnya dalam ‘penjajahan’ global.

Teknologi Jalur Lebar Wayarles - Wi-Fi adalah lebih murah, berkuasa tinggi dan mudah digunakan. Bayangkan sebuah kotak kecil yang mengagihkan internet berjalur lebar meliputi kawasan sebesar padang bolasepak. Sekeping kad kecil akan dimasukkan ke dalam slot komputer yang akan menerima jalur lebar ini dan anda boleh mula melayari internet tanpa perlu mendail sebarang talian. (lihat sahaja teknologi WAP dalam teknologi bimbit) Kini, laptop, notebook dan PDA telah mempunyai kemudahan Wi-Fi secara built-in. Kegunaan wayar akan hanya terhad kepada aliran kuasa elektrik sahaja. Itupun jika tidak ada sebarang ciptaan baru yang melibatkan tenaga solar yang mengecas bateri serta mampu menyimpan kuasa. Tentunya wayar tidak akan digunakan lagi.

Wi-Fi menggunakan pendekatan pelbagai gelombang udara (airwave) yang mungkin akan menyebabkan satu era baru dalam dasar wayarles akan terbina. Seperti teknologi spektrum terbuka yang lain, Wi-Fi merupakan satu cara penggunaan gelombang/frekuensi tanpa sempadan. Kes ini boleh diumpamakan dengan radio CB, cuma Wi-Fi adalah sistem digital yang sungguh pintar mengelakkan kesesakan/konjesi frekuensi.

Setelah berdekad lamanya, undang-undang cuba digubal untuk cenderung kepada penguasaan frekuensi secara eksklusif atau menjadikan spektrum sebagai komoditi zaman maklumat, Wi-Fi dijangka akan menjadi pemangkin yang hebat terhadap penguasaan ini.

Seperti juga dengan Web, Wi-Fi dijangka lebih terbuka, tanpa terikat kepada sebarang undang-undang dan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya akan menjadi percuma tidak lama lagi.

Kita sering dikejutkan dengan bil-bil telefon bimbit yang tinggi samada pos atau pra-bayar. Ada yang mungkin mengetahui bahawa terdapat caj untuk penggunaan gelombang di kalangan syarikat telekomunikasi. Tanpa berfikir panjang, teknologi jaringan 3G telah dilancarkan secara tergesa-gesa dan akibatnya ianya telah mengalami kerugian berbilion ringgit kerana dominasi yang jelas terhadap spektrum.

Kita lihat sekarang, pengguna rumah yang canggih begitu pandai menggunakan talian broadband dengan menyambungkan poin akses ke modem kabel atau kotak DSL, memasukkan kad prabayar ke dalam laptop dan akhirnya menggunakan internet sepantas kilat di mana-mana sahaja yang mereka sukai. Melakukan streaming muzik dan video sambil menonton televisyen digital, menggunakan e-mail WAP semasa bersarapan pagi dan lain-lain lagi.l

Ini hanyalah suatu permulaan, kita akan melihat fasa Wi-Fi selanjutnya menerusi kemunculan jaringan awam. Jika dahulu hanya dilihat di kawasan Cyberjaya, KLIA dan sebagainya sahajaa yang menyediakan perkhidmatan hot-dpot. Kini sudah terdapat banyak hotspot akses terbuka, jaringan komuniti ad-hoc yang menggunakan Wi-Fi dan berkongsi talian jalur lebar seperti di pusat pengajian tinggi ,lapangan-lapangan terbang, pusat membeli belah, restoran nberprestij malahan di restoran Mamak pun kebanyakannya telah menyediakan hot-spot untuk menarik pelanggan ke restoran mereka. Dengan pakej harga yang menarik, Wi-Fi akan pasti digunakan di seluruh Malaysia

3. Jalur Lebar (broadband)

Untuk kelajuan muat turun yang melebihi kelajuan 128kbps adalah di panggil jalur lebar. Pada era ini, teknologi broadband adalah amat popular dan murah sekali. Dengan menggunakan jalur lebar, kita tidak perlu tunggu lama di depan komputer sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak muat turun bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Jalur lebar boleh digunakan dengan menggunakan wayar atau tanpa wayar. Jika menggunakannya dengan wayar kebanyakan Pelayan Internet menggunakan teknologi DSL (Digital Subcriber Line)

4. Jalur Lebar Tanpa Wayar

Antara teknologi jalur lebar tanpa wayar ialah 3G dan Wimax. Pada ketika ini terdapat tiga syarikat telco di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar 3G iaitu , Maxis dan iZZi “4G”.Digi ada juga menawarkan jalur lebar tetapi gred rendah sedikit daripada 3G iaitu jalur lebar EDGE (29.5kbps ke 236kbps).

Celcom 3G dan Maxis 3G tidak perlu diperkenalkan lagi, tetapi ada satu lagi pembekal perkhidmatan internet iaitu iZZi. iZZi mula diperkenalkan pada suku ke-empat pada tahun 2007.Ia dikatakan mampu memberikan berkhidmatan broadband menggunakan teknologi iBurst sehingga terasa kelajuan “4G”.Tapi adakah ialnya lebih laju dari 3G(284Kbps~384Kbps) dan 3.5G / HSDPA (1.8Mbps~ 3.67.2Mbps~7.2Mbps)?

iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.
Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.
“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G. Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.

Sebenarnya sukar untuk menentukan mana satu pembekal 3G yang lebih baik memandangkan banyak aspek yang perlu di ambil kira bagi merumuskan siapa yang lebih baik.

Dari satu aspek infrastruktur pembekal telekomunikasi itu sendiri harus baik.
Dalam kategori ini celcom dilihat mempunyai sedikit kelebihan.Ini di sebabkan bukan sahaja celcom mampu memberi perkhidmatan 3G melalui pencawang celcom sediada tetapi mereka uga mempunyai akses dan kemudahan daripada TM Malaysia.

Telekom Malaysia(TM) merupakan gergasi telco di Malaysia.Hampir setiap ceruk penempatan mempunyai cawangan nya sendiri.Ini memberikan satu kelebihan kepada celcom untuk meluaskan “jajahannya”. Infrastruktur 3G milik celcom telah dipasang di kebanyakan ibusawat TM.Tidak hairanlah jika Celcom 3G digelar yang terluas.

Walaupun begitu Maxis juga sudah kita sedia maklum mempunyai pengalaman dalam teknologi komunikasi mudah alih dan juga cukup lengkap dengan infra di merata tempat didalam Malaysia.

Masalah dengan teknlogi 3G ialah selalunya sukar mendapat signal 3G apabila dikawasan kampung. Untuk mendapatkan keputusan capaian 3G yang bagus ialah sekurang-kurangnya mendapat 2 bar. Jika mendapat hanya 1 bar, masih boleh mencapai internet tetapi terputus sebelum signal bertukar menjadi GPRS.

Salah satu lagi aspek dalam penilaian capaian 3G ialah peranti atau modem itu sendiri. Ada banyak jenama modem 3G/3Gx/HSDPA buleh didapati dipasaran.Setiap jenis dan brand buleh memberikan prestasi yang berbeza-beza. Antara jenis modem 3G ialah jenis PCMCIA untuk Laptop/Notebook/Komputer Riba. 3G Express Card untuk Laptop dan 3G USB Modem untuk Laptop ataupun Desktop.

Jenama modem 3G pula adalah seperti Novatel Merlin, Vodafone, Sierra Wireless Aircard, Huawei, Option GT MAX, Orange 3G datacard, Maxis datacard, T-Mobile dan banyak lagi. Harga untuk setiap modem adalah dalam lingkungan RM300 ke RM1200.

Secara Amnya masih ramai yang kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana operator 3G Malaysia pada masa ini.Ini dapat di lihat di forum-forum IT tempatan yang kebanyakan daripada pengguna masih merungut dengan perkidmatan 3G yang mereka langgan.

Faktor coverage / capaian 3G di Malaysia masih menjadi isu utama.Capaian di bandar-bandar utama didapati lebih baik berbanding capaian di bandar kecil ataupun pinggir bandar mahupun kampung.

5. Wimax

Tak cukup dengan gimik “4G” , timbul pula Wimax yang digembar-gemburkan pada akhir suku pertama tahun 2007 di Malaysia.

Pada masa itu kerajaan ada mengumumkan pemberian spektrum capaian jalur lebar 2.3 GigaHertz tanpa wayar Wimax kepada kepada Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, REDtone- CNX Broadband Sdn Bhd dan Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.
Adakah tahun 2008 ini bakal menyaksikan kemunculan perkidmatan jalurlebar Wimax yang pertama di Malaysia?

WiMAX adalah salah satu teknologi broadband wireless access (BWA) seperti WiFi yang mempunyai kecepatan transfer data lebih tinggi (Max 75 Mbps) dan jangkauan yang lebih luas (Max 50 Km). WiMAX merupakan teknologi BWA yang mengacu pada standar IEEE 802.16. Ada beberapa teknologi pendukung yang menyebabkan WiMAX mempunyai data rate dan jangkauan yang lebih bagus dibanding BWA yang lain, yaitu teknologi OFDM, OFDMA, SOFDMA, Smart antenna, power control, FEC, adaptive modulation.

6. Satelit

Di Malaysia, meskipun syarikat telekomunikasi dan syarikat penyedia Internet begitu aktif memperkembangkan liputan perkhidmatan mereka, namun masih terdapat beberapa kawasan yang gagal dihubungkan terutamanya di kawasan pedalaman, pergunungan, pulau atau laut.

Bagaimanapun, pengenalan kepada jalur lebar melalui satelit komersial (broadband satellite) menerusi pelancaran satelit Inmarsat-4 tahun lalu telah meletakkan telekomunikasi sekali lagi ke hadapan apabila pengguna kini dihubungkan secara terus melalui satelit ke seluruh dunia.

Pengguna di negara ini juga bakal berpeluang menikmati sambungan jalur lebar secara terus itu apabila Nera Malaysia (Nera) Sdn. Bhd., baru-baru ini memperkenalkan terminal satelit jalur lebar terkecil dan paling ringan di negara ini – sekali gus meletakkan tanda aras baru persaingan capaian pantas kepada komunikasi suara dan data.

Dihubungkan kepada antena yang dipasang pada Inmarsat-4, terminal satelit yang dikenali sebagai Nera WorldPro 1000 itu menawarkan kepantasan penerimaan data pada kelajuan 384 kilobait sesaat (kbps) dan perpindahan data pada kelajuan 240 kbps.

Kadar tersebut adalah bersamaan dengan kepantasan jalur lebar semasa dan kira-kira lima kali lebih pantas daripada perkhidmatan satelit bergerak lain menggunakan perkhidmatan Broadband Global Area Network (BGAN).

Menurut Pengarah Urusan Nera, Ahmad Fauzan Hashim, Nera WorldPro 1000 bakal memenuhi kehendak semua peringkat pengguna yang perlu sentiasa dihubungkan bukan hanya melalui komunikasi suara tetapi juga perkhidmatan data jalur lebar menerusi satu peranti.

“Memandangkan ia menggunakan perantara satelit dan boleh dihubungkan ke hampir seluruh kawasan di dunia, ia amat sesuai kepada mereka yang memerlukan pejabat bergerak yang boleh diaktifkan dengan pantas,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran terminal satelit itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Direka bentuk dalam dua unit dengan bahagian antena yang boleh diceraikan, terminal satelit seberat kurang daripada 1 kilogram ini membolehkan pengguna disambungkan sekalipun berada di dalam bangunan dengan antena tersebut diletakkan di luar bangunan.

Menerusi Nera Worldset pula, iaitu telefon komunikasi satelit yang dibangunkan dengan ciri-ciri telefon bimbit biasa, pengguna boleh membuat panggilan dan menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu di serata dunia.

Malah, ia juga boleh digunakan di kawasan-kawasan berisiko dan dalam apa jua keadaan menjadikannya peranti paling diperlukan terutamanya kepada tentera, pekerja keselamatan dan wartawan yang bertugas di kawasan-kawasan bencana selain ia boleh dibawa dan disimpan dengan mudah.

Binaan luarannya diperbuat daripada bahan tahan lasak dan cuaca termasuk hujan, salji dan panas terik serta boleh beroperasi di antara suhu -200 C sehingga 500 C.

Sementara itu, Timbalan Presiden Eksekutif, Komunikasi Satelit, Nera Telecommuniactios Ltd., Dr. Tan Hong Pew berkata, terminal satelit itu yang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk di Indonesia, Filipina dan Singapura bakal memanfaatkan sepenuhnya teknologi jalur lebar kepada pengguna pada harga yang berpatutan.

Ini kerana kadar caj perkhidmatan yang dikenakan adalah tetap tidak mengira di mana terminal satelit itu beroperasi iaitu kurang daripada AS$1 seminit (RM3.80) bagi panggilan dan 50 sen per SMS bergantung kepada pilihan tawaran perkhidmatan yang diguna oleh pelanggan.

“Ia jelas berbeza dengan caj panggilan ‘perayauan’ yang dikenakan ke atas pengguna mengikut negara seperti yang digunakan ketika ini,” katanya.

Atas permintaan yang tinggi terhadap keperluan jalur lebar yang dihubungkan secara terus melalui satelit itu juga, satelit komersial Inmarsat ketiga kini dalam perancangan untuk dilancarkan meliputi kawasan di Lautan Pasifik.

Mengenai penulis:

Web : www.blalang.com
Blog : www.blalang.com/blog , http://blalang.blogspot.com dan banyak lagi.

Sejarah Internet

Author: blalang
http://download-ebook.biz

INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan inter network . Ia adalah merupakan rangkaian bagi rangkaian komputer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.
Sejarah internet bermula dengan rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Internet menyediakan ber-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ?IRC chat? iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ?newsgroup?, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

Internet di Malaysia
Perkembangan internet di Malaysia bermula apabila neti Zen Malaysia yang pertama iaitu Dr Mohamed Awang Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi internet.

Menurut satu NGO, Internet World Statistic sehingga penghujung Disember 2007, pengguna internet di dunia ialah 1,319,872,109 orang dan penggunna internet di Malaysia pula ialah 14,904,000 orang.

Mengenai penulis:

Web : www.blalang.com
Blog : www.blalang.com/blog , http://blalang.blogspot.com dan banyak lagi.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • BlinkList
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis